Khamis, 20 Februari 2014

Adakah Saya Tetamu atau Tuan Rumah Yang Baik?

Hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum, kamu mesti pernah dijemput untuk datang ke rumah jiran tetangga kita ataupun kawan-kawan kita. Sebagai tetamu, kamu harus mengetahui cara-cara kamu menunjukkan hormat kepada tuan rumah atau sebaliknya; iaitu tetamu rumah kepada tetamunya. Bincangkan senario-senario pada muka surat 15 dan 16 di dalam buku Sivik dan Pendidikan Moral kamu bersama jiran kamu dan tuliskan pendapat kamu di dalam blog masing-masing. Selamat menulis.

Isnin, 20 Januari 2014

Sambutan Tahun Baharu Cina

Apakah adat atau kebiasaan yang dilakukan kaum Cina pada hari ke-15 Tahun Baharu Cina mereka?

Apakah lambang bebola nasi kepada masyarakat Cina?

Cerita tentang 12 binatang zodiak (Primari 1)

Cerita tentang persiapan Tahun Baharu Cina bagi kaum Cina (Primari 2)

Cerita tentang hormat-menghormati (Primari 3 dan 4)

Cerita tentang perayaan tanglung (Primari 5 dan 6)

Isnin, 25 Mac 2013

Hari Cuti Sekolah

Selamat kembali ke sekolah. Cikgu harap murid-murid telah menggunakan masa cuti sekolah ini dengan baik. Cikgu harap kamu boleh menceritakan perkara-perkara yang kamu lakukan semasa cuti sekolah. Cikgu tidak sabar hendak membacanya. Selamat menulis.

Isnin, 11 Mac 2013

Apakah Tanggungjawab Kita di Alam Siber?

Kita telah ketahui tentang alam siber dan masalah-masalah yang kita boleh alami sekiranya kita tidak awas. Murid-murid dikehendaki menulis tentang perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang dilarang semasa kita berada di alam siber. Selamat berbincang dan menulis.


Jumaat, 15 Februari 2013

Pengalaman Saya Semasa Cuti Sekolah


Apa khabar murid-murid? Hari ini Cikgu mahu murid-murid menuliskan tentang pengalaman murid-murid semasa cuti sekolah. Pada cuti sekolah yang lalu, Cikgu tidak dapat ke mana-mana sebab Cikgu patah kaki. Sedihnya. Namun, Cikgu tetap merayap ke Vietnam sebab Cikgu sudah bayar tiket kapal terbangnya. Sekarang, giliran murid-murid untuk menceritakan pengalaman murid-murid. Selamat menulis.

Satu contoh gambar di Chu Chi Tunnels di Vietnam

Isnin, 30 April 2012

Fikirlah Sebelum Bertindak

Setiap hari atau waktu kita akan menghadapi tekanan. Namun, antara tekanan yang kita terima adalah tekanan yang positif atau negatif ada perbezaannya. Tekanan yang positif akan meraihkan kebaikan kepada diri kita dan tekanan yang negatif selalunya mendatangkan keburukan kepada diri kita. Sekiranya teman-teman kamu mengajak kamu kepada kebaikan, itu tanda-tanda tekanan yang positif dan sekiranya teman-teman kamu mengajak kamu kepada perkara yang buruku, itu tanda-tanda yang negatif. Sebagai contoh, sekiranya teman-teman kamu mengajak kamu menghisap rokok, itu adalah tekanan negatif kerana perkara itu tidak mendatangkan faedah, malah, ada banyak keburukan yang berkaitan dengan merokok seperti merosakkan kesihatan diri dan orang-orang di sekeliling kita, membuang duit kerana merokok adalah amalan yang mahal, mulut dan baju akan berbau busuk dan lain-lain lagi. Cuba murid-murid lihat muka surat 5 hingga 8 di dalam buku Siviks dan Pendidikan kamu. Kemudian, jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Murid-murid harus menerangkan kenapa tekanan yang dibincangkan tadi adalah tekanan yang positif atau negatif. Selamat menulis.

Isnin, 26 Mac 2012

Apakah Yang Boleh Kita Lakukan?

Salam sejahtera murid-murid,


Kamu dikehendaki membaca senario-senario yang terdapat di muka surat 80 hingga 83. Kemudian, secara berpasangan, bincangkan perkara-perkara yang patut dilakukan oleh kanak-kanak di dalam senario tersebut. Kamu juga dikehendaki menaip dapatan kamu di dalam blog masing-masing.


Jawapan yang diberi mestilah ditulis dengan ayat yang lengkap, bahasa yang betul, ejaan yang tepat serta tanda baca yang betul.


Selamat berbincang.